Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.contoh:
| Campur aduk………….bercampur aduk |
| Ambil alih…………..mengambil alih |
| Daya serap………..daya serapan |
Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.Contoh:
| Campu aduk…………mencampuradukkan |
| Daya serap…………kedayaserapan |
| Garis pusat……………menggarispusatkan |
| Urus niaga………….diurusniagakan |
| Satu padu…………….menyatupadukan |





0 comments:
Post a Comment