RSS

Bangau Oh Bangau

Pengimbuhan kata majmuk



Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.contoh:

Campur aduk………….bercampur aduk
Ambil alih…………..mengambil alih
Daya serap………..daya serapan


Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.Contoh:

Campu aduk…………mencampuradukkan
Daya serap…………kedayaserapan
Garis pusat……………menggarispusatkan
Urus niaga………….diurusniagakan
Satu padu…………….menyatupadukan

Penggandaan kata majmuk



Melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja dan keseluruhan unsur.

Penglibatan unsur pertama
Penglibatan keseluruhan unsur
Alat-alat tulis
Setiausaha-setiausaha
Suku-suku kata
Pesuruhanjaya-pesuruhanjaya

Bentuk kata majmuk yang telah mantap

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkatan yang utuh.Perkataan ini dieja satu perkataan. Kata tersebut adalah:

Antarabangsa
Beritahu
Kakitangan
Kerjasama
Setiausaha
Matahari
Jawatankuasa
Tandatangan
Tanggungjawab
Sukarela
Suruhanjaya
Warganegara
Pesuruhjaya
Tengahari
Olahraga
























































KATA MAJMUK



Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah..Ada tiga kelompok kata majmuk.

A).Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya:

gambar rajah
alat tulis
biru laut
bandar raya
air hujan
tengah hari
jalan raya
meja tulis
nasi minyak
jam tangan
terima kasih
bom tangan
luar biasa
kapal terbang
merah muda
kuning langsat


Di dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contohnya :

Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Penolong Pendaftar
Ketua Menteri
Raja Muda
Naib Canselor
Setiausaha Politik
Profesor Madya
Timbalan Ketua
Duta besar
Ketua setiausaha Negara
Pustakawan


b.)Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus .

model liner
pisau cukur
garis pusat
hak milik
telefon dail terus
mata pelajaran
lesun sendi
pita suara
kanta tangan
kertas kerja
segi tiga
batu kapur
lut sinar
atur cara
urus setia
cari gali


c.Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya:

Kaki ayam
Buah hati
Duit kopi
Bualn madu
Makan angin
Manis mulut
Pilih kasih
Berat tulang
Anak emas
Berat tangan

Kata Terbitan Bersisipan



Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam.
  • kata nama
  • kata adjektif

Contohnya :

Sisipan kata nama
Sisipan kata adjektif
-el  ( kelengkeng,telunjuk,kelabut )
-el  ( selerak,gelembung )
-er ( keruping,seluring,serabut )
-er  ( serabut,gerigi )

-em ( gemilang,semerbak,gemerlap )

-in   ( sinambung )

Kata Terbitan Berapitan


Apitan wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan

1.Apitan kata nama

Pe…..an
Pelaksanaan,perasaan
Penge….an
Pengesahan,pengedaran
Ke….an
Kelaianan,kelebihan

2.Apitan kata kerja

Me….kan
Memainkan,melukakan
Mem….kan
Membaharukan,membaikkan
Ber….kan
Beralaskan,berlaukkan
Diper….i
Diperdengarkan,diperbahaskan
Ke….an
Kehujanan,kehausan,kepanasan
di…..kan
Didekati,dimulai,diadili
Memper….i
Memperingati



3.Apitan kata adjektif

Ke….an
Keingginan,kesahihan,kefasihan,kesayuan


Kata Terbitan Berawalan

Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan,kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.Contohnya :

1.Awalan kata nama

Pe
Pelari,perakus,pelumba,pereka
Pem
Pembawa,pembuka,pemberi
Pen
Pendatang,pendua,pendaki
Peng
Penggali,penggiat,penggubal
Pel
Pelajar,pelbagai
Ke
Ketua,kelepek,keropok
Juru
Juruukur,juruwang,jurujual
Pra
Prakata,prasejarah,prasekolah
Dwi
Dwifungsi,dwibahasa

2.Awalan kata kerja

Me
Melawan,menyikat,merasa
Memper
Memperhamba,memperisteri
Ber
Berjalan,berganti,berserta
Ter
Terjatuh,terjebak,terjerumus
Di
Diarah,dibawa,diragut
Diper
Dipercepat,diperoleh,diperbuat


3. Awalan kata adjektif

Ter
Terbesar,terputih
Te
Teruncing,terendah,teringin
se
Secantik,secerah,setebal





JOM KITA BERBAHASA

KATA TERBITAN

Takrif :

Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima baik awalan,sisipan,akhiran atau apitan ( imbuhan ).Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.

Jenis Imbuhan

  • Awalan          - hadir sebelum kata dasar.
  • Akhiran         - hadir sesudah kata dasar
  • Apitan            -hadir secara mengapit kata dasar secara serentak di awal   
                             dan akhir kata dasar.
  • Sisipan            -hadir di celahan kata dasar.